• 02

  • 01

  • Banner ADL new ejas

  • web kempen bebas tembakau

    Proses ini adalah sebagai pematuhan program akademik kepada Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) dan Standard Program (jika ada) untuk pendaftaran dalam Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR), serta memenuhi sebahagian syarat Status Swaakreditasi (Self-Accrediting).

    Berikut adalah proses kerja yang perlu dilaksanakan untuk sesuatu program akademik yang telah mendapat Akreditasi Penuh bagi mendapatkan pendaftaran dalam Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR);

    1. Penyerahan Dokumen Permohonan kepada PKU (Self-Review Report, SRR / Self-Assessment Report, SAR)
    2. Audit Dalaman Program Akademik oleh PKU
    3. Perakuan oleh;
      1. Jawatankuasa Perancangan Akademik (JPA) untuk Program Sarjana Muda
      2. Majlis Pengajian Siswazah Universiti (MPSU) untuk Program Sarjana/Kedoktoran
    4. Kelulusan Penawaran Program Akademik di Mesyuarat Saringan Awal (MSA), Jawatan Kuasa Pengajian Tinggi (JKPT)
    5. Pengesahan oleh Senat Universiti
    6. Makluman Keputusan Akreditasi Program Akademik kepada PTJ oleh Senat Universiti
    7. Pendaftaran Program Akademik dalam Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) oleh Pendaftar

    Perincian proses kerja ini boleh dirujuk kepada Prosedur Audit Dalaman Program Akademik PTJ dan Prosedur Pendaftaran Program Akademik Dalam Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register – MQR)

    usma1a6a8a4a3a2a5expert