Proses ini adalah sebagai pematuhan program akademik kepada Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) dan Standard Program (jika ada), serta memenuhi sebahagian syarat Status Swaakreditasi (Self-Accrediting).
Berikut adalah proses kerja yang perlu dilaksanakan untuk sesuatu program akademik bagi mendapatkan kelulusan oleh Jabatan Pengajian Tinggi (JPT);
- Penyerahan Kertas Cadangan Program Akademik/Ijazah Baharu atau Penstrukturan Semula Kurikulum kepada PKU
- Penilaian Kertas Cadangan oleh PKU
- Perakuan oleh Jawatankuasa Perancangan Akademik (JPA)
- Kelulusan Penawaran Program Akademik di Mesyuarat Saringan Awal (MSA), Jawatan Kuasa Pengajian Tinggi (JKPT)
- Pengesahan oleh Senat Universiti
- Perakuan oleh Lembaga Gabenor Universiti (LGU)
- Penyerahan Kertas Cadangan kepada Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) oleh Pendaftar untuk makluman
- Makluman keputusan JPT kepada PTJ, Senat dan PKU oleh Pendaftar
- Penawaran program oleh PTJ
Perincian proses kerja ini boleh dirujuk kepada MUAT TURUN Prosedur PKUSM.