• 02

  • 01

  • Banner ADL new ejas

  • web kempen bebas tembakau

    Proses ini adalah sebagai pematuhan program akademik kepada Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) dan Standard Program (jika ada), serta memenuhi sebahagian syarat Status Swaakreditasi (Self-Accrediting).

    Berikut adalah proses kerja yang perlu dilaksanakan untuk sesuatu program akademik bagi mendapatkan kelulusan oleh Jabatan Pengajian Tinggi (JPT);

    1. Penyerahan Kertas Cadangan Program Akademik/Ijazah Baharu atau Penstrukturan Semula Kurikulum kepada PKU
    2. Penilaian Kertas Cadangan oleh PKU
    3. Perakuan oleh;
      1. Jawatankuasa Perancangan Akademik (JPA) untuk Program Sarjana Muda
      2. Majlis Pengajian Siswazah Universiti (MPSU) untuk Program Sarjana/Kedoktoran
    4. Kelulusan Penawaran Program Akademik di Mesyuarat Saringan Awal (MSA), Jawatan Kuasa Pengajian Tinggi (JKPT)
    5. Pengesahan oleh Senat Universiti
    6. Perakuan oleh Lembaga Gabenor Universiti (LGU)
    7. Penyerahan Kertas Cadangan kepada Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) oleh Pendaftar untuk makluman
    8. Makluman keputusan JPT kepada PTJ, Senat dan PKU oleh Pendaftar
    9. Penawaran program oleh PTJ

    Perincian proses kerja ini boleh dirujuk kepada Prosedur Penawaran Program Akademik/Ijazah Baharu

    usma1a6a8a4a3a2a5expert