2010 - PEMBANGUNAN DOKUMEN PROSES DAN PROSEDUR KERJA PKU
Jawatankuasa Kualiti Program Akademik (JKPA) telah mengadakan dua bengkel bagi membantu Pusat Kualiti Universiti (PKU) membangunkan dokumen proses dan prosedur kerja. Bengkel pertama diadakan pada 3 Jun 2010 dan disusuli dengan bengkel kedua pada 25-27 Julai 2010. Bengkel ini menghasilkan tujuh (7) Dokumen Proses dan Prosedur seperti berikut:
1. Prosedur Penawaran Program Akademik/Ijazah Baharu;
2. Prosedur Penilaian Kursus Secara Berkala di Peringkat PTJ (Sekurang-kurangnya sekali setahun);
3. Prosedur Penambahbaikan / Semakan Semula Kurikulum Program Akademik Di Peringkat Universiti [Penambahbaikan Mengikut Tempoh Pengajian Program (Jangkamasa Setiap 3 – 5 Tahun)];
4. Prosedur Penstrukturan Semula Kurikulum (Pengubahsuaian Melebihi 30%);
5. Prosedur Audit Dalaman Program Akademik PTJ;
6. Prosedur Pendaftaran Program Akademik Dalam Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register – MQR); dan
7. Prosedur Pentadbiran Audit Dalaman Program Akademik PTJ.