• Aktiviti
  • 2010 - TAKLIMAT PANEL AUDITOR, AUDIT DALAMAN PROGRAM AKADEMIK PTJ

2010 - TAKLIMAT PANEL AUDITOR, AUDIT DALAMAN PROGRAM AKADEMIK PTJ

Pusat Kualiti Universiti (PKU) telah menganjurkan Taklimat Panel Auditor, Audit Dalaman Program Akademik PTJ pada 22 November 2010. Taklimat ini dihadiri oleh 57 orang panel auditor yang merupakan pensyarah Universiti yang telah dilantik bagi menjayakan Audit Dalaman Program akademik PTJ.

Pengarah Bahagian Koordinasi Jaminan Kualiti, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah dijemput untuk memberikan taklimat dan penerangan berkaitan:

i. Programme Accreditation: Self-Review & Internal Audit; dan
ii. Guidelines and Standard for Programme Accreditation.

Wakil Jawatankuasa Kualiti Program Akademik (JKPA) juga dijemput untuk memberi taklimat berkaitan:

i. Prosedur Audit Dalaman Program Akademik PTJ; dan
ii. Instrumen Penilaian Audit Dalaman Program Akademik PTJ.

usma1a6a8a4a3a2a5expert