• Aktiviti
  • 2011 - AUDIT SUSULAN SWAAKREDITASI OLEH AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)

2011 - AUDIT SUSULAN SWAAKREDITASI OLEH AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)

Panel dan Pegawai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah mengadakan Audit Susulan Swaakreditasi pada 15 Ogos 2011 bagi menentusahkan:

1. Proses dan prosedur swaakreditasi yang dilaksanakan oleh USM
2. Perancangan, pelan tindakan serta langkah-langkah penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh USM berdasarkan laporan Audit Prestasi Akademik (APA) / Swaakreditasi

USM telah menghasilkan 7 dokumen proses dan prosedur berdasarkan amalan yang dilakukan iaitu:

1. Prosedur Penawaran Program Akademik/Ijazah Baharu;
2. Prosedur Penilaian Kursus Secara Berkala di Peringkat PTJ (Sekurang-kurangnya sekali setahun);
3. Prosedur Penambahbaikan / Semakan Semula Kurikulum Program Akademik Di Peringkat Universiti [Penambahbaikan Mengikut Tempoh Pengajian Program (Jangkamasa Setiap 3 – 5 Tahun)];
4. Prosedur Penstrukturan Semula Kurikulum (Pengubahsuaian Melebihi 30%);
5. Prosedur Audit Dalaman Program Akademik PTJ;
6. Prosedur Pendaftaran Program Akademik Dalam Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register – MQR); dan
7. Prosedur Pentadbiran Audit Dalaman Program Akademik PTJ.

usma1a6a8a4a3a2a5expert