• Aktiviti
  • 2012 - TAKLIMAT PENGURUSAN KUALITI AKADEMIK/PENTADBIRAN/PERKHIDMATAN

2012 - TAKLIMAT PENGURUSAN KUALITI AKADEMIK/PENTADBIRAN/PERKHIDMATAN

Pengarah Pusat Kualiti Universiti telah memberikan Taklimat Pengurusan Kualiti Akademik/Pentadbiran/Perkhidmatan kepada pegawai yang menguruskan aspek akademik dan pentadbiran di PTJ USM. Taklimat yang diadakan pada 19 Julai 2012 ini adalah bertujuan untuk;

1. Menjelaskan status Swaakreditasi berserta syarat Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) yang perlu dipatuhi dan kepentingan pendaftaran program akademik dalam Daftar Kelayakan Malaysia (MQR);
2. Menjelaskan proses dan prosedur kerja serta peranan PKUSM dan PTJ dalam pengurusan akademik;
3. Memahami tujuan penyediaan Self – Review Report (SRR) dan dokumen – dokumen tambahan untuk penilaian audit dalaman akademik; dan
4. Mendapatkan maklum balas berkaitan cadangan pelaksanaan aktiviti kualiti pentadbiran dan perkhidmatan universiti.

usma1a6a8a4a3a2a5expert