2012 - AUDIT LOKASI PROGRAM AKADEMIK LUAR KAMPUS
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia telah mensyaratkan semua universiti yang menawarkan program akademiknya di luar kampus utama melakukan proses audit lokasi terhadap lokasi luar kampus di mana program itu ditawarkan. Audit itu akan dilakukan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) bagi pihak KPT. Sebagai sebuah universiti berstatus Swaakreditasi, audit ini dilakukan secara dalaman.
Audit lokasi telah dijalankan oleh Pusat Kualiti Universiti (PKU) bagi Rancangan Pengajian Jarak Jauh di lokasi berikut;
Laporan audit dalaman dimajukan kepada PTJ terlibat untuk tindakan permohonan audit oleh MQA.
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah memperakukan pada 11 April 2014 bahawa 10 lokasi/premis luar kampus yang menawarkan program Rancangan Pengajian Jarak Jauh telah memenuhi keperluan kualiti dan meyediakan kemudahan yang kondusif bagi tujuan penawaran program berikut:
1. Sarjana Muda Sastera (Kepujian)
2. Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian)
3. Sarjana Muda Sains (Kepujian)
4. Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian)