2013 - TAKLIMAT PELANTIKAN AUDITOR DAN PROSES PENILAIAN AKREDITASI / AUDIT DALAMAN PROGRAM AKADEMIK
Pengarah Pusat Kualiti Universiti telah memberikan Taklimat Pelantikan Auditor dan Proses Penilaian Akreditasi / Audit Dalaman Program Akademik kepada 19 orang panel auditor dalaman yang baru dilantik. Taklimat yang diadakan pada 18 Januari 2013 ini adalah bertujuan untuk;
1. Memberi penerangan mengenai proses penilaian akreditasi/audit dalaman program akademik; dan
2. Berbincang tentang penambahbaikan aktiviti penilaian akreditasi/audit.