2013 - PROGRAM PENANDAARASAN IPTA/IPTS TEMPATAN
Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Pusat Kualiti Universiti (PKUSM) pada 13 September 2013 bagi tujuan perkongsian maklumat berkaitan swa akreditasi, perlaksanaan dan pemantauannya.
Pengarah Pusat Kualiti Universiti (PKUSM) telah berkongsi pengalaman, ilmu kerja dan kepakaran dalam proses pelaksanaan dan pemantauan swa akreditasi di USM.