2014 - MESYUARAT TAHUNAN ASEAN UNIVERSITY NETWORK – QUALITY ASSURANCE (AUN-QA) Pengarah PKUSM telah mewakili USM sebagai Ketua Pegawai Kualiti/CQO (Chief Quality Officer) ke Mesyuarat tahunan ASEAN University Network – Quality Assurance (AUN-QA) CQO Meeting di Manila pada 3-4 Mac 2014. USM merupakan antara 30 Ahli Universiti di peringkat pelaksanaan AUN-QA. Objektif mesyuarat ini adalah untuk membincangkan kesesuaian dan dinamik sistem AUN-QA, mekanisme dan pindaan Guideline for AUN Quality Assessment and Assessors bagi meningkatkan kecekapan pengurusan aktiviti AUN-QA pada masa akan datang.