2010 - PENUBUHAN JAWATANKUASA KUALITI PROGRAM AKADEMIK (JKPA)
Jawatankuasa Kualiti Program Akademik (JKPA) telah ditubuhkan pada 29 April 2010 dan dipengerusikan oleh Prof. Wan Ahmad Kamil Mahmood, Dekan Pusat Pengajian Sains Kimia dan Prof. Susie See Ching Mey, Pengurus Kualiti Pusat Kualiti Universiti selaku pengerusi bersama. Jawatankuasa ini terdiri daripada 12 orang pensyarah USM yang berpengalaman dalam aspek-aspek kualiti program akademik.
Objektif Jawatankuasa Kualiti Program Akademik (JKPA):
i. Menasihati Pusat Pengajian dalam penyediaan Kertas Cadangan Program akademik Baharu;
ii. Menasihati Pusat Pengajian dalam penyediaan Hasil Pembelajaran (LO); dan
iii. Membantu Pusat Pengajian menyemak cadangan program baharu sebelum dihantar ke Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).