2010 - PENUBUHAN MAJLIS KUALITI UNIVERSITI
Majlis Kualiti Universiti telah ditubuhkan pada 6 Julai 2010 dan dipengerusikan oleh Naib Canselor, USM. Keahlian Majlis Kualiti Universiti terdiri daripada Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Pengarah dan Penyelaras Kualiti Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan, Pengarah Bahagian Pembangunan Lestari & Korporat (BPLK), Pengurus Kualiti Pusat Kualiti Universiti, Pendaftar, Bendahari, Pengerusi Jawatankuasa Kualiti Program Akademik (JKPA) dan Ketua-Ketua Jabatan.
Objektif Majlis Kualiti Universiti:
i. Menasihati Naib Canselor dalam perkara-perkara berkaitan Jaminan Kualiti USM; dan
ii. Membangunkan perancangan strategik untuk mengawasi Sembilan (9) bidang
jaminan kualiti berterusan dalam USM.
Mesyuarat pertama telah diadakan pada 11 Ogos 2010 bagi membentangkan dan membincangkan Pelan Tindakan Jaminan Kualiti Universiti berasaskan Institutional Audit Exit Report, dan Jawatankuasa Kualiti Program Akademik (JKPA) serta 5 dokumen yang disediakan oleh JKPA.